`[6H'05] `[102'06] `[Ohana] `[Adriana] `[Amalina] `[Asyraf] `[Danish] `[Dexter] `[Diyanah] `[Eileen] `[Farah Natalya] `[Haffiz] `[Hamizah] `[Hong Zhang] `[Huan Ying] `[Irene] `[Irfaniah] `[Isyana] `[Jia Ying] `[Khaing Zin] `[Lena] `[Lishan] `[Nazihah] `[Paulene] `[Raseena] `[Rasyidah] `[Rebecca] `[Roy] `[Sarah] `[Shawn] `[Sherwin] `[Shu Wen] `[Siti Nur Atiqah] `[Syahiruddin] `[Syarifah] `[Tong En] `[Vicky] `[Wan Jiun] `[Xiao Wei] `[Xin Xuan] `[Yvonne] `[blogger] `[blogskins] `[deesign]


ain ashiqin
1159@270293
sixteen
ohana
rgsrcy


I want school work to go away,
And never come another day.
Let all my yearmates come and stay;
We'd talk and laugh and shop and play.
And if we were about to pay,
The boss'd say, "Oh, it's okay."
But nothing's ever what I say...
If only things would go my way.


Tuesday, April 24, 2007


Kali ini saya akan menulis dalam bahasa Melayu walaupun ini sungguh susah bagi saya. Tetapi saya akan cuba dengan sedaya upaya untuk menulis pencacatan ini. Kerana perasaan-perasaan ini semua tidak boleh diketahui orang ramai.

Saya berasa sungguh sedih. Di sekolah, saya cuba menyembunyikan perasaan sedih saya tetapi saya dapati bahawa ia susah. Saya berasa sungguh keliru dengan apa yang telah berlaku pada beberapa hari yang lalu.

Semuanya bermula dengan semalam. Saya tidak tahu pun bahawa ada masalah di antara diA dan saya. Saya cuma sedar bahawa diA bukan dirinya di hadapan tahun satu dan juga bahawa diA menjauhkan dirinya daripada saya. Saya tidak faham mengapa. Saya telah fikirkan bahawa ini kerana 'musim' diA lebih menyayangi sahabat sekelasnya dibandingkan dengan tahunnya.

Selepas sekolah semalam, tiba-tiba kawan sekelas saya memberitahu saya bahawa ada orang menunggu saya di luar kelas. Apabila saya mendapati bahawa diA yang menunggu saya di luar pintu kelas, saya berasa gembira. Saya betul-betul berasa gembira kerana saya fikir diA sudah tidak menjauhkan dirinya daripada saya lagi. Ada seorang kawan sekelasnya yang menemaninya, tetapi saya tidak mempedulikan. DiA memberitahu saya bahawa sahabat-sahabat tahun saya mahu membincangkan sesuatu. Saya gembira kerana akhirnya diA berbual dengan saya lagi, tetapi saya juga telah berasa sedih kerana cara diA berbual seperti masih hendak menjauhkan dirinya daripada saya.

Selepas itu, di sebelah kedai buku sekolah, tiba-tiba seorang daripada sahabatnya datang mendekati sahabat-sahabat tahun saya. Dia ternampak saya dan terus merenungi 'tag' nama saya. Pada masa itu, saya tidak tahu, mengapa, tetapi dia pun memandang saya dan kata, "Oh, awak rupanya." Saya tidak mendapati apa-apa salah tentang ayat ini tetapi cara dia menerungi saya sungguh luar biasa. Seperti dia membenci saya. Pada masa itu saya sangat sangat keliru. Sangat sangat keliru. Tetapi sekarang semuanya masuk akal.

Saya seperti tidak percaya telinga saya apabila saya mendengar penjelasan daripada seorang dari sahabat tahun saya yang di sini akan digelar Puteri kerana dia selalu tidur awal. Saya tidak tahu pun bahawa akan masalah antara saya dan diA. Apabila Puteri menjelaskan situasi tersebut kepada saya, saya mula tidak senang hati dengan tujuan perbincangan yang akan diadakan.

Tetapi saya semakin tidak suka dengan sikap sahabat diA yang telah menerungi saya sebelum itu. Dia memotong percakapan saya dan men'tarik' tangan saya dengan kasar walaupun diA belum lagi tiba. Sahabat diA sungguh kurang ajar dan membuat saya sedikit marah. Tetapi hanya sedikit sahaja.

Saya telah mendapati bahawa perbincangan itu sungguh tidak adil. DiA ada dua sahabatnya dan saya tidak ada seisapa. Sahabat-sahabat setahun saya ada di situ juga tetapi mereka selalu seperti menyebelahi diA. Saya betul-betul keliru pada masa itu. Pada pengetahuan saya, Puteri setuju dengan pandangan saya bahawa diA bukan seperti dirinya di hadapan tahun satu. Puteri telah menambah pun bahawa Puteri tidak menyukai diA. Jadi mengapakah Puteri seperti menyebelahi diA kali ini? Ia mengambil masa yang lama bagi saya memahami bahawa kedua-dua saya dan diA telah mengadu kepada Puteri. Tetapi Puteri seperti menyebalahi diA hanya kerana diA selalu mendesak Puteri supaya mengatakan sesuatu untuknya. DiA tidak sedar bahawa Puteri bukannya menyebelahinya tetapi berkecuali. Saya dapati bahawa perbincangan itu betul-betul tidak adil tetapi saya tidak mengatakan sebegitu. Sahabat-sahabat diA selalu memotong percakapan saya untuk menonjolkan perkara baru.

Tetapi akhirnya sahabat-sahabat diA pun pergi dan tinggallah diA, saya dan sahabat-sahabat setahun saya, termasuk Puteri. Pada waktu itu saya berasa jengkel dengan sikap Puteri yang semain lama semakin menyebelahi diA. Perkara yang sebenarnya dimulakan sebagai perkara diA pun akhirnya diarahkan kepada saya. Saya cuba mengatakan bahawa saya tidak ada masalah dengan perkara itu. Saya cuba menunjukkan bahawa perkara itu ditonjolkan sebagai masalah-masalah diA. Tetapi sahabat-sahabat setahun saya, sekali lagi, memotong percakapan saya. Saya berasa sedikit marah tentang ketidakadilan perbincangan itu tetapi saya menyembunyikan perasaan itu di dalam hati.

[Di sini saya mahu menambah, saya telah menangis di pertangahan perbincangan itu apabila saya cuba mendapatkan mereka faham betapa kasarnya perjalanan yang saya sedang menjalani. Mereka telah mengatakan bahawa saya terlalu emosional. Tetapi mereka juga mengatakan bahawa ia susah untuk mereka apabila saya menyimpan perasaan saya. Mana satu mereka mahu saya lakukan; mengadu kepada mereka atau tidak? Mana]mana yang saya lakukan juga salah. Seperti apa yang saya katakan tadi, saya menangis apabila memberitahu mereka sesuatu yang sangat sangat menyedihkan saya tetapi saya telah menyembunyikan daripada mereka. Saya mendapati perkara iu sungguh sungguh sedih dan menakutkan. Puteri dan sahabat-sahabat setahun saya yang lain cuba menenangkan hati saya, tetapi diA sama sekali tidak peduli. Dan sebelum itu, diA telah mengatakan bahawa apabila diA menaniga pada minggu lepas, saya tidak melakukan apa-apa kecuali ketawa dengan sahabat-sahabat setahun saya yang lain. Ya lah, saya tidak tahu pun bahawa dia menangis. Lagi pun, apabila sahabat-sahabat setahun saya cuba menenagkan ahtinya, dia menghalau mereka. Tetapi semalam, dia tidak mengerjakan apa yang dia 'preach'.]

Perkara yang saya paling tidak suka dan paling memikirkan tidak masuk akal ialah mereka mengatakan bahawa mereka tidak suka saya selalu dengan sahabat-sahabat sekelas saya semenjak beberapa minggu yang lepas. Mereka menyambungkan perkara ini dengan sebab tahun kami sedang berpecah. Saya betul-betul mendapati perkara ini terlalu melampau tidak adil. Bukankah diA juga sekarang lebih dengan sahabat-sahabat kelasnya daripada tahun kami? Bukankah mereka sendiri juga melakukan sebegitu? Mengapakah mereka menolak kesalahan itu kepada saya? Adakah mereka akan berasa lebih senang dengan berbuat demikian? Jika mereka berbuat demikian untuk berasa lebih senang tentang diri mereka, saya tidak percaya bahawa sahabat-sahabat setahun saya yang saya amat menyayangi boleh berfikiran sebegitu. Ia sungguh menyakitkan hati.

Lama-kelamaan, saya meminta supaya saya dan diA berbincang sendirian. Saya sudah tidak boleh tahan dengan sikap mereka yang mahu menolak kesalahan yang bukan salah saya. Saya tidak boleh tahan sikap hipokrit Puteri. Selama ini saya telah mempercayai Puteri dengan dalam sekali, tetapi dia memusingkan belakangnya kepada saya.

Apabila saya dan diA berbincang bersendirian, barulah saya boleh menceritakan sebelah cerita saya. Saya boleh lihat bahawa tanpa sahabat-sahabat setahun yang lain, dia lebih rela mendengar cerita saya. Adakah dia betul-betul mahu merosakkan reputasi saya sehingga begitu teruk? Saya tidak faham apa yang dimahukannya. Saya keliru.

Akhirnya, dia mengatakan bahawa dia dapati kebanyakan daripada masalah ini adalah dia telah memburuksangkakan saya. Saya lega kerana sekurang-kurangnya dia telah memahami cerita saya. Tetapi hati saya begitu luka dengan sikap sahabat-sahabat setahun saya.

Mereka telah menuduh saya memecahkan tahun kami hanya kerana saya lebih meluangkan masa untuk sahabat-sahabat sekelas saya daripada mereka. Mereka tidak mahu mengaku bahawa mereka juga sedang melakukan begitu. Mereka tidak rela mendengar cerita saya dan mempercayai dengan cerita diA seratus-peratus. Dan Puteri seperti seorang hipokrit.

Hati saya sungguh terluka.

Sekarang, bagaimana hendak saya meluangkan lebih masa untuk mereka? Sekurang-kurangnya sahabat-sahabat sekelas saya tidak melukakan hati saya. Mereka tidak menuduh saya sembarangan, dan mereka tidak membenci saya kerana terlalu emosional. Bagaimana hendak saya menyayangi sahabat-sahabat setahun saya, sekarang mereka telah melukakan hati saya dengan begitu banyak?

Saya pura-pura senyum di hadapan mereka, saya pura-pura tiada apa masalah di hadapan mereka kerana mereka fikir saya terlalu emosional, saya pura-pura kata-kata mereka tidak mencederakan hati saya. Bagaimana, sekarang saya tidak boleh benar kepada perasaan saya apabila saya bersama mereka? Apabila mereka minta maaf kerana tidak memikir tentang cerita sebelah saya, saya memberi senyuman palsu dan mengatakan bahawa tidak apa- apa bermasalah, saya tidak kisah. Dan sebenarnya hanya melihat mereka membuat saya hendak menangis.

Ya, pagi ini saya menangis di dalam kelas. Saya tidak boleh tahan kesemua ini. Mungkin saya masih boleh memberi senyuman tanpa masalah ini, tetapi dengan sahabat-sahabat setahun saya yang tidak mempercayai saya, saya tidak boleh tahan. Di dalam kelas pagi ini, apabila menunggu Majulah Singapura mula, saya pura-pura mengantuk. Saya pura-pura tidur di dalam kelas. Saya terpaksa menyembunyikan air mata saya, kesedihan saya, luka di hati saya, kerana sahabat-sahabat setahun saya mengatakan bahawa saya terlalu emosional. Tetapi ini tidak dapat menipu sahabat-sahabat karib sekelas saya. Yang mulanya sedar bahawa saya menangis adalah Rebecca. Walaupun saya berkali-kali memberitahunya bahawa saya hanya mengantuk, dia mengenali saya dengan lebih baik lagi. Dia cuba menenangkan hati saya walaupun dia tidak tahu sebab saya menangis. Dia tidak merungut bahawa saya terlalu emosional dan tidak menjelaskan diri saya, seperti sahabat-sahabat setahun saya. Dia, Gladys, Anthea, dan beberapa sahabat karib sekelas saya yang lain cuba menenangkan saya.

Saya sangat menghargai mereka kerana selalu berada dengan saya apabila saya perlukan mereka. Mereka bukan seperti sahabat-sahabat setahun saya yang memberitahu saya semalam, "Ya, walaupun kami kata kami akan ada bersama kamu, tetapi kami tidak boleh bersama kamu sepanjang masa kamu perlukan kami. Kami pun ada masalah-masalah sendiri." Apabila saya membuat perbandingan, saya terfikir, persahabatan yang mana yang lebih berharga? Persahabatan yang mana yang lebih bermakna? Sahabat-sahabat setahun saya selalu mengatakan, "Saya sayang kamu,", "Saya sayang kamu," tetapi adakah mereka bermaksud sebegitu? Mereka tidak boleh memaksa saya menyayangi mereka lebih daripada sahabat-sahabat karib sekelas saya, kerana ini perkara yang tidak boleh dipaksa. Jika sahabat-sahabat karib saya memperlakukan saya dengan lebih sabar daripada sahabat-sahabat setahun saya, saya tidak boleh dipaksa tidak menyayangi sabahat-sahabat karib saya lebih.

Saya tidak mahu bertemu dengan sahabat-sahabat setahun saya beberapa hari ini. Saya lebih senang dengan sahabat-sahabat karib sekelas saya yang lebih memahami saya. Ia sungguh masuk akal bahawa, tiada sesiapa mahu menghabiskan masa dengan orang-orang yang telah melukakan hatinya. Tadi saya bermakan tengah hari dengan sahabat-sahabat karib saya dan cuba mengelakkan daripada berjumpa dengan sahabat-sahabat setahun saya kerana saya takut. Saya takut mereka akan melemparkan kata-kata yang menyakitkan lagi seperti mereka melakukan semalam. Saya takut mereka melukakan hati saya lagi. Dan saya masih sungguh sedih dan kecewa dengan sikap mereka.

Saya dapati bahawa manusia sungguh menakutkan. Sungguh sungguh menakutkan. Mereka melukakan hati dengan begitu sahaja, mereka tidak mempedulikan asalkan mereka rasa seperti mereka terlindung dengan kumpulan yang bernombor besar. Saya sudah penat dengan selalu terpaksa memberi senyuman palsu, menyembunyikan air mata, menyembunyikan betapa lukanya hati saya. Saya juga hanya seorang manusia juga. Saya juga berperasaan. Dan walaupun daya ingatan otak saya tidak begitu kuat, kesakitan yang dialami hati saya boleh dirasa pada setiap masa. Mungkin saya seperti seorang yang cepat bergembira lagi. Tetapi kali ini, senyuman saya semua palsu. Setiap kali saya terfikir tentang apa yang telah berlaku saya rasa seperti hendak menangis lagi. Saya mendapati bahawa ia susah hendak senyum lagi. Kerana mereka yang saya benar-benar sayang telah memperdayakan saya juga.

Senyuman palsu, air mata yang tidak berbunyi, hati yang berdarah.
This is all what makes me now.


i'm still here.
9:30 pm